Sabtu, 26 November 2011

Belajar Suku Kata

Hai murid-murid jom belajar suku kata......... seronok dapat belajar suku kata , apa yang penting usaha dan keinginan yang berkobar-kobar akan dapat memberi keseronokan dan hiburan kepada kita semua.......
Apa yang penting kita happy............... Selamat Belajar..............














Jumaat, 25 November 2011

PENGURUSAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Pengurusan pengajaran dan pembelajaran meliputi aspek perancangan pelaksanaan dan penilaian pengajaran dan pembelajaran. Aspek perancangan melibatkan penentuan objektif, aktiviti dan penyediaan sumber / bahan pembelajaran. Aspek pelaksanaan pula melibatkan proses pengajaran dan pembelajaran sebenar berdasarkan apa yang telah dirancang. Seterusnya aspek penilaian melibatkan proses menilai keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran dan pencapaian murid .

Aktiviti pengajaran dan pembelajaran prasekolah boleh dikendalikan melalui tiga strategi berikut :

 - Aktiviti kelas
 - Aktiviti kumpulan
 - Aktiviti individu





AKTIVITI KELAS

Aktiviti kelas bertujuan untuk :
- Memberi arahan dan pesanan
- Perbualan pagi
- Menunjukkan hasil kerja murid


AKTIVITI KUMPULAN

Aktiviti kumpulan adalah aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan secara kolaboratif / usahasama untuk mendapatkan satu hasilan. Murid menjalankan aktiviti dalam kumpulan yang lebih kecil. Kumpulan boleh menjalankan aktiviti yang sama atau berbeza.

AKTIVITI INDIVIDU


Aktiviti individu adalah aktiviti yang memberi peluang kepada murid menjalankan aktiviti secara sendirian atau dengan bimbingan guru.




Sabtu, 19 November 2011

RENUNGAN SEKETIKA BUAT SEMUA............

    Hasad yang ada dalam hati lebih menyeksa empunya diri daripada orang yang dihasad. Ia umpama api yang membakar. Sebelum dia membakar orang lain, orang yang hasad akan membakar dirinya terlebih dahulu.

   Jangan percaya pada hati kerana hati sering keliru, jangan percaya pada nafsu kerana nafsu selalu terburu-buru, jangan percaya pada akal  kerana akal kadangkala  tertipu, jangan percaya pada syaitan kerana syaitan suka menipu..................

SELEPAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Antara perkara-perkara yang harus di lakukan selepas pengajaran dan pembelajaran sehari adalah :

1. Guru membuat refleksi dan perancangan tindakan susulan

2. Guru memastikan Pembantu Pengurusan Murid ( PPM ) membersih, mengemas dan menyusun semula alatan / bahan kepada keadaan asal bagi menerima kedatangan murid pada keesokan harinya.

3. PPM membantu guru menyediakan bahan bantu mengajar untuk kegunaan P & P pada hari esok.

PERSEDIAAN GURU SEBELUM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


Guru merancang pengajaran dan pembelajaran sehari berpandu kepada tema minggu yang di pilih. Perancangan aktviti perlulah mengambil kira tahap perkembangan serta keadaan semasa murid berdasarkan perkara-perkara berikut :

1. Latar belakang
2. Pengetahuan sedia ada
3. Persekitaran
4. Bakat
5. Kebolehan
6. Minat




Sabtu, 22 Oktober 2011

MENJANA KARISMA KANAK-KANAK

Kanak-kanak adalah anugerah Tuhan yang paling berharga dan istimewa buat kita. Merekalah yang akan mewarisi segala kemajuan dan kemakmuran yang kita usahakan hari ini. Justeru berilah kasih sayang,  pendidikan , perhatian yang mereka perlukan.

Sabtu, 15 Oktober 2011

Bermulanya Disini..............

Hai 1 Malaysia..........Selamat datang ke blog saya........sama-samalah kita mencuba sesuatu yang baru walaupun tak pernah kita buat dan terokai namun yang penting usaha dan kerajinan pasti akan berjaya.....