Jumaat, 25 November 2011

PENGURUSAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Pengurusan pengajaran dan pembelajaran meliputi aspek perancangan pelaksanaan dan penilaian pengajaran dan pembelajaran. Aspek perancangan melibatkan penentuan objektif, aktiviti dan penyediaan sumber / bahan pembelajaran. Aspek pelaksanaan pula melibatkan proses pengajaran dan pembelajaran sebenar berdasarkan apa yang telah dirancang. Seterusnya aspek penilaian melibatkan proses menilai keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran dan pencapaian murid .

Aktiviti pengajaran dan pembelajaran prasekolah boleh dikendalikan melalui tiga strategi berikut :

 - Aktiviti kelas
 - Aktiviti kumpulan
 - Aktiviti individu





AKTIVITI KELAS

Aktiviti kelas bertujuan untuk :
- Memberi arahan dan pesanan
- Perbualan pagi
- Menunjukkan hasil kerja murid


AKTIVITI KUMPULAN

Aktiviti kumpulan adalah aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan secara kolaboratif / usahasama untuk mendapatkan satu hasilan. Murid menjalankan aktiviti dalam kumpulan yang lebih kecil. Kumpulan boleh menjalankan aktiviti yang sama atau berbeza.

AKTIVITI INDIVIDU


Aktiviti individu adalah aktiviti yang memberi peluang kepada murid menjalankan aktiviti secara sendirian atau dengan bimbingan guru.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan